USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PANTEA TERTARIK DENGAN PERSEKITARAN KONDUSIF USM

12443423 555962017904073 933108608 o

USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2016 – Pelajar Iran yang sedang mengikuti pengajian di Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), Pantea, 34, gembira memilih USM untuk menyambung pengajiannya kerana keistimewaan USM yang terkenal di dunia dengan persekitarannya yang kondusif.

“Sebelum ke sini, saya telah membuat perbandingan antara beberapa buah universiti terpilih di Malaysia dan akhirnya saya mendapati USM adalah yang terbaik lalu membuat keputusan untuk menyambung Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D.) di sini,” kata Pantea, pelajar yang sedang berada di peringkat akhir Ph.D. itu dan dijangka tamat pengajian dalam masa terdekat.

Selain persekitaran USM yang cantik dan aman, Status ‘APEX’ USM juga antara sebab utama menjadi pilihan Pantea untuk meneruskan pengajiannya di USM.

“Perkara pertama yang saya suka tentang USM ialah persekitarannya. USM merupakan suatu tempat yang kelihatan seolah-olah seperti sebuah taman dan secara tidak langsung membantu saya memberi tumpuan kepada pelajaran dan dapat menikmati keindahan sekitar USM,” tambahnya.

Pantea, meluahkan perasaan gembiranya juga kerana berpeluang melibatkan diri dalam pelbagai acara dan program yang bertemakan kebudayaan dan akademik malah berpeluang mengenali dan bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai sudut dunia di USM.

Kemudahan infrastruktur seperti kolam renang dan gelanggang badminton di USM turut menepati hobi Pantea sebagai senaman hariannya.

“Saya telah menghadiri pelbagai bengkel dan saya mempelajari lebih banyak mengenai perisian di USM. Jadi, dari segi akademik, USM telah memenuhkan diri saya dengan pengetahuan yang mungkin tidak didapati di tempat lain,” katanya lagi.

Baginya Pantea, USM adalah rumah keduanya dan akan benar-benar merindui kampus ini apabila tamat pengajian dan pulang ke negara asalnya nanti.

Teks: Nandhini Thiagaraja (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 828

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024