PROGRAM "JATI DIRI REMAJA CEMERLANG" TONJOL SIFAT SAYANG MAHASISWA PADA UNIVERSITI
USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2016 - Program Jati Diri Remaja Cemerlang merupakan program kerjasama antara komuniti Parlimen Balik Pulau Pulau Pinang bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah MPP PP Sains Fizik.
Menurut Pengarah Projek, Ahmad Syafiq Mohd Nasir, program ini melibatkan pelajar -pelajar berusia 16 hingga 19 tahun dari 7 buah sekolah di sekitar Parlimen Balik Pulau.
"Tujuan program ini untuk mendedahkan bagaimana kehidupan di dalam kampus kepada pelajar-pelajar sekolah ini justeru memberi mereka merasai kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti," katanya.
Tambahnya lagi, program yang berlangsung selama 2 hari di Dewan Pembangunan Siswa, Kompleks Cahaya USM ini bermula dari hari ini hingga esok melibatkan seramai 101 pelajar perempuan dan 60 pelajar lelaki.
Jelas lanjut Ahmad Syafiq, program sebegini memberi banyak manfaat terutama untuk pelajar sekolah itu sendiri dan juga mahasiswa yang terlibat mengendalikan program kerana beliau sendiri tidak dapat merasai diberi peluang untuk dibawa melawat universiti semasa persekolahan dahulu dan bagi mahasiswa sendiri, peluang untuk menyemai perasaan sayang akan universiti kepada pelajar sekolah dapat ditonjolkan melalui program sebegini.
Pelajar USM yang terlibat terdiri daripada ahli Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) dan ahli persatuan Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) seramai 65 orang keseluruhannya.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 986