USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MTW 2016 BAKAL SAJIKAN PELBAGAI PROGRAM KEAGAMAAN DAN KEILMUAN

IMG20160314213546
 
USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2016 - Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Mahasiswa Islam USM dengan kerjasama pelbagai pihak sekali lagi akan menganjurkan Mosque Tour Week (MTW) 2016 bermula 22 Mac sehingga 26 Mac 2016 bertempat di Masjid Al Malik Khalid USM.
 
Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Zayd Zhari, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya jualan produk-produk muslim, pameran pokok-pokok hiasan dan buah-buahan, pameran khat, saringan kesihatan, bekam dan urutan tradisional, ruqyah syar'iyyah dan kaunter perkhidmatan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
 
Bagi bengkel dan ceramah pula, aktiviti yang disusun sepanjang minggu tersebut ialah ceramah “Masjid & Pembangunan Komuniti Lestari” pada hari Selasa 22 Mac 2016, jam 8.00 malam di Masjid Al-Malik Khalid USM bersama Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali dan ceramah “Carilah Keberkatan Al-Quran Dalam Hidupmu” oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim pada hari Rabu, 23 Mac 2106, jam 10.00 pagi di Dewan Budaya USM.
 
Turut diadakan ialah ceramah mengenali kitab Tanbihul Ghafilin bersama Ustazah Che Nazrah Yusof dalam Muzakarah Turath Pengajian Wanita pada hari Khamis 24 Mac 2016, jam 9.00 pagi di Masjid Al-Malik Khalid USM, ceramah “Healthy Lifestyle in Quran” oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan (Bekas Pengamal Perubatan Moden & Penceramah Bebas) pada 24 Mac 2016  jam 8.00 malam di Masjid Al-Malik Khalid USM dan pelbagai lagi program yang menarik.
 
"Pusat Islam USM juga menjemput semua warga USM ke Jamuan Kesyukuran Aqiqah pada 24 Mac 2016 jam 12.00 tengah hari di Perkarangan Masjid USM," kata Zayd.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 852

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024