USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANNA AGUSTINA GEMBIRA IKUTI PENGAJIAN DI USM

Pulau Pinang, 14 Mac 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat tempat di hati pelajar-pelajar luar negara untuk menyambung pengajian di sini.  

Calon Doktor Falsafah (Ph.D) Komunikasi dari Jakarta, Indonesia, Anna Agustina,46,  melahirkan rasa  bertuah kerana memilih USM untuk menyambung pengajiannya kerana berpeluang mengenali ramai pelajar dari pelbagai negara seperti Pakistan, China, Iran, Iraq dan banyak lagi negara lain.

“Saya berasa gembira dikelilingi dan berinteraksi dengan mereka yang walaupun berbeza negara, budaya dan agama tetapi mereka banyak membantu saya terutama memperbaiki Bahasa Inggeris,” jelas Anna.

“Selain itu, saya turut mengagumi usaha USM untuk menyediakan kemudahan yang terbaik dan terkini kepada pelajar apatah lagi persekitaran kampus yang dinamik dan selamat juga menjadi daya penarik untuk menyambung pengajian saya dalam bidang Kewartawanan Sains dan Alam Sekitar,” jelasnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga melahirkan rasa syukur kerana pensyarah terutamanya di Pusat Pengajian Komunikasi banyak menyokong dan memberi panduan tentang kajian beliau.

Anna Agustina sangat yakin dengan kemudahan dan tenaga profesional yang ada di USM akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam semua bidang dan memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.Teks: Aishah Hanis Azmi (pelajar internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 698

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024