UNPAB PERKUKUH KERJASAMA PJJ BERSAMA USM
USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan hormat dari Universitas Pembangunan Panca Budi (UNPAB) Indonesia bagi membincangkan kolaborasi lanjutan dalam bidang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, kerjasama antara kedua-dua universiti perlu dilihat dalam pengajian PJJ ijazah berkembar serta manfaat jangka panjang dalam pemindahan ilmu dan teknologi bagi faedah kedua-dua buah universiti.
“USM juga melihat pendidikan jarak jauh sebagai satu kaedah memperkukuhkan kedudukan sebagai sebuah universiti global,” tambahnya lagi.
Rektor UNPAB, Dr. Muhammad Isa Indrawan yang mengetuai delegasi seramai 6 orang dari UNPAB berkata, dengan kerjasama yang telah dimeterai oleh kedua universiti sebelum ini, diharapkan jalinan dapat diperkasakan berkaitan program-program PJJ kerana UNPAB baru sahaja memulakan program PJJ dan memerlukan bantuan dan kepakaran USM berkaitan perkara ini.
“Diharapkan bantuan teknikal untuk latihan dari USM kepada UNPAB dapat dilaksanakan berkaitan PJJ agar UNPAB dapat menjadi sama hebat seperti USM dalam hal ini,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kerjasama dalam bidang penyelidikan juga menjadi antara peluang yang ingin diintai oleh UNPAB melalui kerjasama dalam kalangan para pensyarah-pensyarah.
Yang hadir dalam dalam kunjungan hormat ini ialah Dekan PPPJJ, Prof. Madya Dr. Mustafa Fadzil Farid Wajidi dan beberapa orang pensyarahnya.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto : Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 1108