USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAYSIA DAN APEX IDEAL UNTUK PENGAJIAN IJAZAH TINGGI

USM, PULAU PINANG, 11 Mac 2016 – Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan gabungan negara dan universiti yang hebat. Selain daripada kos yang berpatutan, makanan halal juga sangat mudah untuk didapati di sini, apatah  lagi kedudukannya juga strategik kerana terletak di negeri Pulau Pinang yang menjadi tarikan utama pelancong asing dan dikenali sebagai ‘syurga makanan’.

Demikian kata Pensyarah Pusat Pengajian Fizik yang juga alumni USM, Dr. Khussay N. Mutter, 43, yang berasal dari Iraq.

Katanya lagi, yuran pengajian ijazah tinggi di USM adalah berpatutan dan ia bukan penghalang untuk menarik pelajar antarabangsa untuk datang ke sini apatah lagi dengan kedudukannya sebagai sebuah universiti APEX di Malaysia.

Khussay sering menggalakkan rakan-rakannya di Iraq untuk menyambung pengajian di sini kerana selain daripada aspek kewangan, persekitarannya juga damai kerana USM terkenal dengan konsep universiti dalam taman.

“Saya telah menamatkan pengajian di peringkat Ph.D. pada 2011 dan pulang ke Iraq dan kembali semula ke USM untuk berkhidmat sebagai pensyarah pada Ogos 2014. Saya berbesar hati untuk membantu menguruskan permohonan rakan lain sekiranya mereka ingin menyambung pelajaran di sini,” katanya.

"Saya tertarik untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D. di tiga buah negara iaitu Malaysia, Ukraine dan Belarus namun Malaysia dan USM menjadi pilihan setelah diteliti dari aspek yuran dan bidang pengajian yang ditawarkan bertepatan dengan apa yang saya inginkan," kata Khussay.

Teks: Nur 'Izzah 'Atira bt Muhamad Nazmi (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 791

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024