PENGAJIAN FARMASI USM TERBAIK
USM, PULAU PINANG, 11 Mac 2016 – Siswazah Sarjana Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Hamza Mostafa, 26, yang berasal dari negara Mesir menyifatkan pengalamannya mengikuti pengajian di sini amat bermakna kepada masa depannya.
“Saya memilih USM sebagai tempat untuk menyambung pengajian saya kerana saya mendapat maklumat bahawa USM merupakan universiti pertama yang menawarkan pengajian Sains Farmasi di Malaysia,” kata Hamza.
Pada pandangan dan pemerhatiannya, Pusat Pengajian Farmasi USM jauh lebih baik jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain termasuk di negara lain.
Hamza berharap lebih ramai pelajar luar negara termasuk Mesir yang akan datang ke USM untuk mengambil peluang seperti ini. Pada masa ini, hanya enam orang sahaja pelajar Mesir yang belajar di USM.
"Saya menyeru dan menggalakkan rakan-rakan untuk menyambung pengajian di USM kerana jika ingin mencari universiti yang mempunyai kemudahan yang sempurna serta kualiti yang baik dari aspek pengajaran dan pembelajarannya, USM adalah pilihan yang bijak,” kata Hamza.
Hamza yang akan kembali ke negaranya dalam masa terdekat juga gembira berpeluang merasai pengalaman bergaul dengan pelbagai kaum dan agama yang terdapat di sini yang banyak membantunya sepanjang pengajian, malah berpeluang juga untuk belajar Bahasa Melayu.
Teks: Nur Qutreen Nada Mahamud (Pelajar Internship USM)
- Created on .
- Hits: 1629