USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KUALITI, APEX FAKTOR SAMBUNG PENGAJIAN DI USM

USM, PULAU PINANG, 11 Mac 2016 – Kualiti akademik serta status APEX telah menjadi salah satu faktor kuat kepada Amanda May Safira, 19, untuk menyambung pengajiannya di Universiti Sains Malaysia (USM).

Amanda yang berasal dari Medan, Indonesia, mendapat maklumat mengenai USM daripada abangnya yang turut belajar di sini dalam bidang seni.

Perkongsian mengenai pengalaman abangnya di USM menyebabkan Amanda memilih untuk belajar di USM. Tambahan pula, kualiti sistem pendidikan yang amat baik menguatkan lagi perasaan Amanda untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi.

"Saya juga memilih USM kerana ingin meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris kerana kemahiran berbahasa Inggeris di Indonesia masih rendah," kata Amanda.

Kemudahan seperti perkhidmatan bas, internet, stadium dan banyak lagi kemudahan lain di USM turut  memudahkan Amanda untuk melakukan aktiviti seharian.

Selain kualiti akademik, Amanda belajar di USM kerana ingin merantau di samping mencabar dirinya untuk hidup berdikari di perantauan.

Bagi Amanda, USM sebagai universiti dalam taman adalah salah satu ciri istimewa yang unik dan menarik.

"Pokok-pokok tinggi dan cantik di sekitar USM menaikkan semangat saya terutamanya apabila berjalan pagi menuju ke kelas. Di Medan, jarang saya rasakan udara yang segar seperti di sini," tambah Amanda.

Amanda bersyukur kerana rakan-rakan dan pensyarah di sini ramah dan sering membantunya sekiranya ada masalah.

Teks: Nor Khamisah Saidin (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 1193

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024