JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR MIGRASI DAN INFRASTRUKTUR PELANCONGAN
USM, PULAU PINANG, 10 Mac 2016 - Kluster Penyelidikan Pelancongan Lestari (STRC) dengan kerjasama Rikkyo University Japan akan menganjurkan ‘International Symposium On Migration And Tourism Infrastructure In Global Cities’ pada hari Jumaat 18 Mac 2016 jam 2.45 petang - 5.45 petang di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Bangunan E38 Universiti Sains Malaysia (USM).
Menurut Ketua Kluster, Profesor Dr. Badaruddin Mohamed, mereka yang berminat menyertai simposium ini dijemput menghadirinya dengan mendaftar diri selewat-lewatnya pada 15 Mac 2016 memandangkan tempat adalah terhad.
Pendaftaran boleh dibuat melalui email atau menghubungi Safura Ismail di talian 04-653 5435 atau emel:
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 932