USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEDUDUKAN USM, APEX TARIK PELAJAR JORDAN

USM, PULAU PINANG, 10 Mac 2016 – Calon Doktor Falsafah (Ph.D.) Sains Komputer, Kamal Ibrahim, 43, memilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) kerana tertarik dengan kedudukannya sebagai antara yang terbaik di Malaysia dan dunia.

"Apatah lagi apabila USM berada dalam kedudukan yang baik dalam beberapa ranking dunia membuktikan saya membuat pilihan yang betul apabila memilih melanjutkan pengajian di sini," kata Kamal.

Tambahnya, apatah lagi berdasarkan carian saya di atas talian, mendapati USM adalah satu-satunya universiti APEX di negara ini dan antara universiti awam yang terbaik di Malaysia.

Selain menyifatkan yuran pengajian di USM adalah berpatutan, Kamal turut menggalakkan keluarga dan rakannya dari Jordan untuk menyambung pengajian di sini pada peringkat Sarjana dan juga Doktor Falsafah.

"Saya telah mengisi borang permohonan kemasukan bagi isteri, adik dan tiga lagi rakan dari Jordan pada minggu lalu. Mereka sangat berminat dengan USM setelah mendengar pengalaman saya selama hampir tiga tahun di sini," jelasnya lagi.

Bakal menamatkan pengajiannya pada awal 2017 kelak, Kamal menegaskan bahawa USM merupakan pilihannya yang paling tepat.

Dia turut menghargai peranan International Mobility and Career Centre (IMCC), yang banyak membantu dari aspek kemudahan, penempatan dan juga sebagai sumber rujukan utamanya di sini.

Teks: Nur 'Izzah 'Atira bt Muhamad Nazmi (pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 905

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024