USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUISI PATRIOTIK BERGEMA DI MALAM PUISI RITMA JIWA 2

DSC 4694bvg

USM, PULAU PINANG, 10 Mac 2016 – Unit Kebudayaan dan Unit Kesukarelawanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan Malam Puisi Ritma Jiwa 2 malam tadi di sini.

Program yang diadakan dengan kerjasama Biro Tata Negara ini memberi peluang kepada penggiat seni di negeri Pulau Pinang, pensyarah dan pegawai utama USM untuk mendeklamasikan puisi bertemakan patriotik yang mampu menyentuh hati para penonton.

Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Dr. Nazaruddin Zainun berkata, program seumpama ini mampu memberi manfaat kepada semua warga USM dalam meningkatkan semangat patriotik dalam diri masing-masing.

DSC 4703gn

“Diharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dalam usaha mencungkil bakat dalam kalangan warga USM,” katanya ketika merasmikan acara ini.

Yang turut hadir bersama ialah Dekan Pusat Pengajian Seni USM, Profesor Madya Omar Bidin dan Komposer, Mohd Azhar Abu Bakar atau Azmeer.

Antara pengisisan lain pada malam itu ialah persembahan kebudayaan daripada Orkestra Cina, Kumpulan Kesenian Adikarma USM, dan kumpulan buskers Tekun, USM.

DSC 4736nv

Malam Puisi Ritma Jiwa 2 diadakan bersempena ‘Program Car Boot Sale’ iaitu satu program yang memberi peluang kepada pelajar dan staf USM untuk menjual barangan baru dan terpakai seperti tudung, baju, buku serta makanan dalam bentuk bungkusan.

Teks: Syuhada bt Abd Aziz    

  • Created on .
  • Hits: 928

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024