USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGESANAN AWAL CEGAH KEGANASAN PENTING

 DSC8032hkh

USM, PULAU PINANG, 8 Mac 2016 – Isu keganasan yang berlaku di Eropah, Afrika, Amerika, dan Asia telah meningkatkan keperluan untuk masyarakat global lebih peka terhadap potensi ancaman pengganas.

"Pengawasan ialah sebahagian penting dalam proses perancangan pengganas untuk kebanyakan jenis serangan tetapi ada beberapa pengecualian misalnya bahan letupan yang dihantar melalui khidmat pos.

"Objektif utama pengawasan dilakukan adalah untuk mengetahui kelemahan dan tahap keselamatan sasaran yang ingin ditetapkan. Pengganas mengawasi sesuatu keadaan untuk melihat kesesuaian untuk bertindak yang mungkin memakan masa berminggu, bulan atau bertahun," kata Ketua Polis Pulau Pinang YDH CP Dato' Abdul Ghafar Rajab merasmikan ‘Security Workshop on Surveillance Detection – Counter Terrorism Strategies’ anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

 DSC8182gfj

Tambahnya, pengesanan awal terhadap aktiviti pengawasan yang dilakukan oleh pengganas dapat menghalang dari berlakunya masalah keganasan.

"Penekanan kepada pengesanan awal terhadap pengawasan yang dilakukan oleh pengganas ialah apabila dapat membezakan perkara biasa daripada perkara luar biasa yang berlaku di persekitaran kita," kata Abdul Ghafar.

Bengkel dua hari ini adalah satu platform untuk mendidik masyarakat menjadi lebih peka dan berhati-hati dalam keadaan sekeliling.

"Kami akan lebih sering bekerjasama dengan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia untuk mengadakan program bagi mendidik masyarakat tentang isu keganasan," ulas Abdul Ghafar.

 DSC8168ghhj

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Pengerusi, Yayasan Pencegahan Jenayah Pulau Pinang Dato’ Syed Jaafar Syed Ali,  Pengarah, Jabatan Keselamatan, USM dan Ketua Penyelidik ‘Crime and Policing in Malaysia', Profesor Madya Dr. P. Sundramoorthy, Pengurus Keselamatan, Intel Technology Sdn. Bhd. (Malaysia), Rosli Mohamed Ali dan Pengurus Keselamatan, Honeywell Aerospace Avionics (M) Sdn. Bhd., Ching Eng Leong disertai oleh kira-kira 200 orang peserta. 

Yang turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Profesor Dr. Azlinda Azman.

Teks oleh: Nor Khamisah Saidin (pelajar internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 762

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024