DUA UNIVERSITI REPUBLIK CZECH INTAI PELUANG KERJASAMA DENGAN USM
USM, PULAU PINANG, 8 Mac 2016 - Dua universiti dari Republik Czech mengadakan kunjungan rasmi ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membangunkan kerjasama jangka panjang terutamanya dalam bidang Kejuruteraan.
Naib Rektor (Pendidikan) University of Pardubice Dr. Jana Kubanova dan Naib Rektor Technical University of Liberec Prof. Madya Dr. Sona Jandova yang pertama kali berada di Malaysia mengadakan pertemuan dengan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan yang kemudiannya menyampaikan pembentangan berkaitan USM dan perbincangan di sini.
Menurut Muhamad, pertemuan ini adalah untuk membincangkan berkaitan potensi untuk mewujudkan sebarang bentuk kolaborasi mahu pun perjanjian di antara kedua-dua pihak di samping pertukaran pelajar terutamanya dalam bidang Kejuruteraan.
Sementara itu, bagi Dr. Jana Kubanova dan Dr. Sona Jandova, tujuan utama kedatangan mereka ke USM adalah untuk mencari sebarang bentuk kolaborasi yang sesuai dan difikirkan perlu dijalinkan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang.
Tambah mereka lagi, perbincangan mengenai perlaksanaan untuk membangunkan program pertukaran pelajar dalam bidang penyelidikan boleh dilakukan dalam jangka panjang yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Yang turut hadir adalah Pengarah Kolaborasi Antarabangsa Prof. Dr. Lee Keat Teong, Dekan-dekan dari PP Kejuruteraan USM, pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai kanan USM.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 911