USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TEMPORAL BONE DISSECTION COURSE BANTU LAHIRKAN PAKAR BEDAH TELINGA

IMG 1302

KUBANG KERIAN, 8 Mac 2016 – Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-HNS) Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan ‘3rd USM Temporal Bone Dissection Course’ yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 Mac 2016.

Menurut Pengarah Program, Profesor Dr. Mohd Khairi Md Daud, dalam proses menghasilkan seorang doktor pakar bedah ORL-HNS, kemahiran amat diperlukan dan latihan simulasi pembedahan seperti ini sangat berguna sebelum seseorang doktor itu melakukan prosedur pembedahan sebenar ke atas pesakit.

“Temporal Bone Dissection Course merupakan satu bengkel latihan secara ‘hands-on’ di mana peserta membuat simulasi pembedahan di bahagian belakang telinga pada kadaver kepala yang disediakan dengan tunjuk ajar daripada fasilitator”.

Mohd Khairi berkata, proses serta kesukaran sesuatu pembedahan tidak dapat diketahui hanya melalui pembacaan kerana prosedur pembedahan yang sebenar lebih sukar dan disebabkan itulah, latihan sebegini perlu untuk meningkatkan kemahiran setiap pelajar.

“Kursus ini merupakan kali ketiga diadakan dengan bilangan peserta seramai lapan orang dan mendapat sambutan bukan sahaja daripada peserta dalam negara malahan ada yang datang daripada Indonesia dan Iraq kerana kepercayaan mereka terhadap kepakaran yang ada di tempat kita.

IMG 1301

Kita mendapat maklumbalas yang positif dan memberangsangkan daripada peserta yang telah mengikuti kursus pada tahun pertama dan kedua, manakala bermula pada tahun hadapan kursus ini akan diadakan dua kali setahun bagi memenuhi permintaan banyak pihak kerana untuk satu slot kursus yang diadakan kita tidak dapat membuka penyertaan kepada bilangan peserta yang besar kerana bergantung kepada bilangan kadaver kepala yang dapat disediakan untuk sesi simulasi,” katanya lagi.

Seramai enam orang fasilitator terlibat dalam kursus ini iaitu daripada USM, Profesor Dr. Mohd Khairi Md Daud, Profesor Dr. Dinsuhaimi Sidek dan Dr Nik Adilah Nik Othman, daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Zulkiflee Salahuddin, daripada Hospital Kuala Lumpur, Dr. Iskandar Hailani dan daripada Hospital Sungai Buloh, Dr. Fadzilah Ismail.

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto:  Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 916

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024