USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KASUS 2016 - PLATFORM PERPADUAN MAHASISWA KAMPUS KEJURUTERAAN USM

USM, PULAU PINANG, 8 Mac 2016 - Karnival Sukan Untuk Semua (KASUS) 2016 yang akan berlangsung pada 14 Mac 2016 hingga 15 April 2016 di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi medan untuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa USM.
 
Penasihat Projek, Mohammad Arif Rinaldi berkata, KASUS 2016 ini adalah anjuran Jabatan Sukan dan Sukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kejuruteraan bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa dan pensyarah yang meneruskan tradisi yang dilakukan di sini selama ini.
 
Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik itu menjelaskan, terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam KASUS 2016 iaitu kategori pusat pengajian yang melibatkan acara  sukan seperti bola sepak, bola baling, bola keranjang, bola jaring, futsal dan bola tampar manakala bagi kategori terbuka pula melibatkan sukan badminton, ping pong, ragbi dan bola tampar.
 
Mahasiswa Kampus Kejuruteraan yang ingin menyertai KASUS 2016 boleh mengambil borang yang telah diedarkan kepada semua pusat pengajian manakala untuk kategori terbuka,boleh menghubungi talian 017-5604123 atau 011-16265516.
 
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 735

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024