USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GHEF 2016 BINCANG PERANAN PENDIDIKAN TINGGI GLOBAL

12227833 1527865927529626 2731491416868316241 n
 
USM, PULAU PINANG, 8 Mac 2016 - Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Global Higher Education Forum (GHEF) 2016 dengan kerjasama UNESCO Bangkok, LH Martin Institute, University of Melbourne dan Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF).
 
GHEF 2016 akan berlangsung dari 5 hingga 7 April 2016 bertempat di St. Giles Wembley Premier Hotel Pulau Pinang, Malaysia dengan bertemakan ”The Role of Higher Education in Developing Societal Resilience and Sustainability”.
 
Majlis perasmian GHEF akan diadakan pada 5 April 2016 bermula 9.00 pagi dijangka dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh.
 
GHEF 2016 membawa bersama-sama para ilmuan, ahli profesional dari agensi kerajaan, Institusi Pendidikan Tinggi, badan-badan kemanusiaan dan awam, entiti perniagaan swasta, badan bukan kerajaan dan media.
 
Forum dua tahun sekali ini bertujuan untuk berbincang dan berkongsi pengalaman untuk membangunkan pelbagai aspek kemampanan, kelestarian dan daya tahan, termasuk ketahanan sosial dan ekonomi dan perbincangan sepanjang GHEF 2016 ini meliputi kajian kes negara-negara tertentu dan bagaimana akademik diterjemahkan ke dalam tindakan.
 
Antara yang membentangkan kertas kerja kerja ialah Pengarah SEAMEO Secretariat Bangkok Dr. Gatot Hari Priowirjanto, Pengerusi Post-War Reconstruction and Development Unit University of York UK Professor Sultan Barakat, Pengarah Co APHERP Amerika Syarikat Professor Deane E. Neubauer dan ramai lagi.
 
Maklumat lanjut layari laman sesawang http://www.gheforum.usm.my
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 859

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024