USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM SERTAI KEM SAINS CUTI SEKOLAH

poster A3

PULAU PINANG, 7 Mac 2016 - Unit Penyelidikan Pendidikan Asas, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Kem Sains Cuti Sekolah ‘Science In Motion (Sim 1.0) pada 14 hingga 18 Mac 2016 di Makmal Sains, PPIP USM, Pulau Pinang.

Program ini bertujuan memupuk minat peserta terhadap sains di samping mengasah kemahiran proses sains menerusi aktiviti secara ‘hands-on’ dan informal.

Kem ini dibahagikan kepada tiga siri mengikut tarikh yang ditetapkan. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah kanak-kanak yang berumur 7-9 tahun dan 10-12 tahun dengan bayaran RM50.00 seorang.

Siri 1 bertemakan “Eureka” bertujuan membolehkan pelajar menemui dan mempelajari konsep sains di samping merekabentuk produk baru dalam sains akan diadakan pada hari Isnin, 14 Mac 2016.

Siri 2, Magika Ria Sains pula akan diadakan pada 16 Mac 2016 dan peserta dikehendaki untuk melengkapkan projek yang merungkai misteri sains di samping menikmati cara pembelajaran dalam bentuk muzikal.

Siri akhir iaitu Siri 3 pada 18 Mac 2016 (Jumaat) dinamakan ‘Dapur Sains’ iaitu peserta diminta untuk menjalankan eksperimen sains secara ‘hands-on’ dengan menggunakan barang-barang yang boleh didapati di dapur rumah. Peserta dibenarkan membawa pulang hasil reka bentuk dan eksperimen. 

Bagi yang berminat untuk menyertai aktivit-aktiviti ini, borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang: uppa.usm.my atau hubungi: 

Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Samsudin 

 

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

atau:

 

URUSETIA PROGRAM KEM SAINS CUTI SEKOLAH

 

TEL: 04-6533446/ 04-6533187

 

F: 04-6551460

 

E: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 Teks: Nur Qutreen Nada Mahamud (Pelajar Internship)

  • Created on .
  • Hits: 1578

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024