SHIBAURA INSTITUTE OF TECHNOLOGY JEPUN, iTOURISM TARIK PENGUNJUNG KE MGTF
GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 5 Mac 2016 - Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan 21 orang pelajar dan 2 orang pensyarah Shibaura Institute of Technology Tokyo Jepun yang diketuai oleh Timbalan Presiden Bahagian Kejuruteraan Komunikasi Dr. Eiji Kamioka.
Ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki USM dan bagi mereka MGTF adalah sebuah muzium yang menarik dan sangat berinformatif serta kagum dengan bahagian seni dan budaya yang dipamer dan ditonjolkan di muzim ini apatah lagi mereka dapat mencuba persembahan wayang kulit dan permainan drum.
Pengarah MGTF Zolkurnian Hassan berkata, kumpulan pelajar ini adalah dari program pertukaran antarabangsa (International Student Exchange) yang terdiri daripada pelajar negara Jepun, Tanzania, Vietnam dan Malaysia.
Zolkurnian berharap lebih ramai pelawat antarabangsa akan berkunjung ke MGTF yang sedang mempromosikannya melalui pelbagai cara termasuk melalui iTourism yang mendaftarkan MGTF melalui agen pelancongan ke seluruh dunia.
Tambahnya, iTourism ialah satu kaedah maya yang dapat menarik para pelancong dari seluruh dunia untuk berkunjung ke MGTF dengan pemaparan maklumat-maklumat serta input berkaitan MGTF.
iTourism boleh dimuat turun daripada google play melalui aplikasi android di telefon bimbit.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 810