USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CAR BOOT SALE PELUANG PERNIAGAAN WARGA USM

IMG 20160301 WA0005

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 4 Mac 2016 - Santai dan terbuka menjadi konsep Program Car Boot Sale yang  dianjurkan oleh Unit Kebudayaan dan Unit Kesukarelawanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan setiap hari Rabu, tiga minggu sekali.

Program ini memberi peluang kepada pelajar dan staf USM untuk menjual barangan baru dan terpakai seperti tudung, baju, buku dan sebagainya manakala hanya makanan berbungkus dibenarkan untuk dijual kepada pengunjung.

"Program ini terbuka kepada pelajar dan staf USM yang ingin berniaga. Tapak akan disediakan untuk setiap peniaga dengan bayaran serendah RM5.

"Setakat ini seramai 40 orang yang sudah mendaftarkan diri untuk berniaga," kata Pegawai Kebudayaan Kanan, Encik Zulkifli Che Hussin.

Selain jualan, terdapat juga persembahan daripada Orkestra Cina dan Kumpulan Kesenian Adikarma USM, kumpulan buskers serta bacaan puisi patriotik yang menampilkan tokoh penggiat seni Pulau Pinang, pensyarah dan pegawai utama USM dengan kerjasama Biro Tatanegara.

"Aktiviti ini akan dipelbagaikan dari semasa ke semasa mengikut penglibatan secara sukarela daripada pelajar dan staf USM yang berminat untuk membuat persembahan," kata Zulkifli.

Car Boot Sale akan berlangsung pada 9 Mac bermula 8.00 malam hingga 11.00 malam di Lorong Cahaya, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA).

Selain program ini, Kumpulan Kesenian Adikarma USM di bawah Unit Kebudayaan dan Unit Kesukarelawanan BHEPA USM mengadakan Malam Impresario 2.0 pada 5 dan 6 Mac bertemakan Hikayat Adikarma.

Teks: Nor Khamisah Saidin (pelajar internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 1138

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024