USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

​TEMUI BAKAL MAJIKAN DI EKSPEN 2016 PADA 25 - 26 MAC 2016

GEORGETOWN, PULAU PINANG, 4 MAC 2016 - Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya dan Pendidikan atau EKSPEN 2016 kali ke-15 pada hari  Jumaat dan Sabtu 25 dan 26 Mac 2016.

Menurut Pengarah Projek Nur Aniza Azieda Damanhuri, EKSPEN dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00petang di Dewan Utama Pelajar (DPU) USM yang dijangka disertai lebih 60 syarikat dan bakal majikan.

Jelasnya, ini akan memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa, graduan lepasan universiti mahu pun individu yang berminat untuk mendapatkan pendedahan dan meneroka peluang kerjaya terkini yang ditawarkan pihak syarikat-syarikat tersebut.

Menurut pelajar Pusat Pengajiam Pengurusan itu,  antara program menarik ialah pameran kerjaya, ceramah kerjaya, temuduga terbuka dan klinik kaunseling kerjaya.

​"Antara syarikat yang telah mengesahkan penyertaan ke EKSPEN 2016 adalah Maybank, OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Public Bank Berhad, First Solar Malaysia Sdn Bhd, Toray Malaysia, Nippon Paint (M) Sdn Bhd dan GS Paper & Packaging Sdn Bhd.," tambahnya.

​EKSPEN 2016 menjadi yang perlu direbut oleh pelajar, siswazah dan komuniti sekitar negeri Pulau Pinang melalui kehadiran wakil syarikat-syarikat terkemuka di dalam dan luar negara untuk diterokai pengunjung.

Maklumat lanjut EKSPEN 2016 boleh didapati melalui laman sosial Facebook (www.facebook.com/EKSPENUSM), Twitter (@EKSPEN_USM) dan Instagram (EKSPEN_USM).

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 999

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024