USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SECURITY WORKSHOP ON SURVEILLANCE DETECTION - COUNTER TERRORISM STRATEGIES

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Pulau Pinang) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan 'Security Workshop on Surveillance Detection - Counter Terrorism Strategies' pada 8-9 Mac 2016, jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang  di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia.  

Perasmian bengkel ini akan disempurnakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang YDH CP Dato' Abdul Ghafar bin Rajab pada hari Selasa, 8 Mac 2016 jam 9.00 pagi di Dewan Budaya.

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Pengerusi, Yayasan Pencegahan Jenayah Pulau Pinang Dato’ Syed Jaafar Syed Ali;  Pengarah, Jabatan Keselamatan, USM dan Ketua Penyelidik ‘Crime and Policing in Malaysia' Profesor Madya Dr. P. Sundramoorthy; Pengurus Keselamatan, Intel Technology Sdn. Bhd (Malaysia) Rosli Mohamed Ali dan Pengurus Keselamatan, Honeywell Aerospace Avionics (M) Sdn Bhd. Ching Eng Leong.

  • Created on .
  • Hits: 704

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024