USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PKIUSM CATAT REKOD LOGO GUNA SUSUNAN PELITA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

12776646 550780105088931 263541342 o

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 27 Februari 2016 – Persatuan Kebudayaan India Universiti Sains Malaysia (PKIUSM) mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dengan mencipta logo terbesar menggunakan susunan pelita `India Sigaram Thodu’ dengan melakukan susunan 10,000 pelita yang menyerupai burung merak berukuran 65 meter lebar dan 37 meter tinggi sempena Festival India 2016.

Menurut Pengarah Projek, Suthan Kumaravel, 24,  Projek Sigaram Thodu ini adalah sebahagian daripada usaha penjenamaan semula PKIUSM untuk meletakkan nama dalam buku Malaysia Book of Records.

Projek ini melibatkan 358 orang pelajar USM pelbagai kaum sejak dua hari sebelum ini yang berjaya memecah rekod yang dibuat sebelum ini menggunakan 1,000 pelita pada tahun 2003 di negeri Johor.

 12772944 550776945089247 2109678775 o

Projek ini adalah sebahagian daripada Festival India 2016 yang telah dirasmikan pada sebelah pagi oleh Penasihat kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Tan Sri Dato' Dr. M. Kavyeas.

Yang hadir sama ialah Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Dr. Nazaruddin Zainun yang mewakili Naib Canselor USM.

Teks: T. Nandhini / Foto: Koshigan (pelajar internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 1265

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024