P. SUNDRAMOORTHY TERUS TERAJUI PKAPUSM
GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 27 Februari 2016 – Pakar Kriminologi di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. P. Sundramoorthy dipilih semula tanpa bertanding sebagai Presiden Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (PKAPUSM) dalam mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini yang dihadiri oleh lebih 70 orang ahlinya.
Sundramoorthy yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan mula berkhidmat di USM pada tahun 1994 dan mula menganggotai PKAPUSM sejak 21 tahun lalu.
Naib Presiden pula disandang oleh pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, Dr. Lok Yian Yian.
"Saya berterima kasih kepada ahli-ahli yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PKAPUSM untuk penggal ketiga ini dan berharap dapat bersama-sama universiti dalam menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan pensyarah dan pentadbir universiti untuk dibawa ke peringkat yang tinggi.
"Kita akan bersama-sama memainkan peranan dalam mengatasi sebarang stigma yang ada yang melibatkan PKAPUSM dan hubungan akrabnya dengan pihak pentadbiran USM," katanya lagi.Beliau mengharapkan lebih ramai pensyarah dan pentadbir universiti menyertai PKAPUSM untuk berganding bahu dalam memacu kecemerlangan pada masa hadapan.
Teks: New Gaik Siew & Loh Mei Fang (Pelajar internship USM)
- Created on .
- Hits: 863