USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONVOKESYEN KE-53 USM 30 APRIL 2016

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 25 Februari 2016 -  Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Upacara Konvokesyen Ke-53 pada hari Sabtu, 30 April 2016 ini. 

Menurut Pendaftar USM Profesor Dr. Abd Aziz bin Tajuddin, Canselor Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah pun memperkenankan tarikh tersebut untuk diadakan Upacara Konvokesyen dalam dua sidang, pagi dan petang. 

“Kira-kira 1,000 orang graduan dijangka menerima ijazah masing-masing dalam Upacara Konvokesyen Ke-53 yang sebahagian besarnya adalah pada peringkat ijazah tinggi iaitu Doktor Falsafah (Ph.D) dan Sarjana,” kata Abd. Aziz. 

Pada tahun ini juga USM dijangka mengadakan Upacara Konvokesyen Ke-54 pada bulan November nanti. 

#MPRC

  • Created on .
  • Hits: 1909

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024