USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM DISKUSI LESTARI PANTAI TIMUR KUKUH HUBUNGAN MAHASISWA USM, UNISZA DAN UMT

IMG 20160224 WA0019
Pulau Pinang, 24 Februari 2016 – Program Diskusi Lestari Pantai Timur  Sekretariat Rakan Muda Universiti Sains Malaysia (SRMUSM) bersama-sama Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sultan Zainal Abidin (UnisZA) dan Universiti Malaysua Terengganu (UMT) merupakan salah satu langkah untuk menjalin serta mengeratkan silaturahim antara pelajar ketiga-tiga buah universiti.
 
Pengarah Projek, Nur Eylia Binti A’rif berkata, program diskusi antara 3 buah universiti ini bermatlamat untuk berkongsi pengalaman menhqlankan  aktiviti yang  dijalankan oleh Sekretariat Rakan Muda.
 
Menurut Eylia, program ini turut diselitkan dengan bakti siswa di Kampung Mengabang Telipot Terengganu untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam diri para mahasiswa ketika melaksanakan sesuatu tugasan bersama komuniti.
IMG 20160224 WA0020
 
 IMG 20160224 WA0022
"Kami lakukannya sebagai motivasi dan sumbangan kami anak-anak muda kepada komuniti setempat," katanya lagi.
 
Tambahnya, program sebegini juga dapat merapatkan lagi pelajar dengan masyarakat untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang di antara akademik dan insaniah.
 
Eylia berharap agar lebih banyak program sebegini  dilakukan supaya hubungan antara pelajar universiti-universiti lain dengan USM dapat diperluaskan serta maklumat dapat dikongsi bersama di samping mewujudkan sikap ringan tulang dalam kalangan para pelajar yang berkualiti. 
IMG 20160224 WA0023
 
Seramai 38 orang pelajar  USM terlibat dalam program ini.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 762

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024