USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SUKSIS USM BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT PANTAI REMIS PERAK

IMG 20160224 WA0025

PULAU PINANG, 22 Februari 2016 - Pasukan Kor Suksis Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan program khidmat komuniti bersama masyarakat di Dewan Masjid Nabawi Pengkalan Baru Pantai Remis Perak dan Sungai Beruas, Pantai Remis Perak yang merupakan Bakti Siswa Perdana pasukan ini baru-baru ini.

DSP (KS) Dr. Mohd Adi Firdaus Tan Abdullah berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan 5 buah surau di kawasan ini, klinik kesihatan oleh Pegawai Perubatan USM untuk masyarakat kampung membuat pemeriksaan kesihatan,  kelas komputer untuk masyarakat kampung mendekati IT, pertandingan nasyid, bercerita, mewarna dan sukan rakyat bagi anak-anak masyarakat kampung, pameran pencegahan jenayah dan pameran dadah dari AADK negeri Perak.

"Kami  juga melakukan aktiviti Menyusuri Sungai Beruas Perak untuk menguji ketahanan fizikal dan mental anggota Kor Suksis USM. Pada malamnya, ASP (KS) Zulkifli Che Hussin menyampaikan ceramah keibubapaan kepada penduduk setempat,” kata Mohd Adi.

12743507 1094253380594833 7618177921217749449 n

IMG 20160224 WA0027

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota Kor Suksis supaya mampu untuk berdikari dalam apa juga keadaaan serta membentuk semangat kerjasama anggota Kor Suksis dan berkeyakinan tinggi dalam menghadapi tugas seharian.

"Rata-rata penduduk setempat mengucapkan terima kasih kepada Kor Suksis USM yang mengadakan aktiviti sepanjang berada di sini dan sedikit sebanyak ianya telah menambah ilmu pengetahuan dan perkara yang berkaitan untuk meningkatkan modal insan," katanya lagi.

Pusat Teknologi dan Pengajaran Multimedia (PTPM) USM turut serta dengan membuka gerai pameran untuk memberi informasi kepada penduduk setempat tentang teknologi pendidikan dan maklumat.

Program yang diadakan selama empat hari dari 19 Februari 2016 hingga 22 Februari 2016 melibatkan sebanyak 70 anggota Kor Suksis USM bersama pegawai-pegawai Kor Suksis USM. Pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh SUPT (KS) Dr. Nazarudin Zainun.

IMG 20160224 WA0030

12734127 1094253547261483 3231828369688867973

Majlis penutup program ini pula telah disempurnakan oleh SAC Abdul Rahman Ibrahim KJPJKK.

Yang turut hadir adalah Penyelaras Kor Suksis USM ASP Azmi Shukor, ASP (KS) Zulkifli Che Hussin, Wakil imam Masjid Nabawi Pantai Remis Perak dan Penolong Pengarah BTN Negeri Perak.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1005

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024