USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAKSIKAN MALAM IMPRESARIO 2.0 BERTEMAKAN HIKAYAT ADIKARMA

12717286 842436909199642 2526453583192341914 n

PULAU PINANG, 21 Februari 2016 - Kumpulan Kesenian Adikarma Universiti Sains Malaysia (USM) akan mempersembahkan Malam Impresario 2.0 pada tahun ini yang bertemakan Hikayat Adikarma pada 5 dan 6 Mac 2016 jam 8:30 malam – 10:30 malam di Dewan Budaya USM.

Demikian kata  Pengarah Projeknya yang merupakan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Sains Fizik, Nadhir Rusli Bin Badaruddin.

Menurut Nadhir, Produksi Drama Tari ini merupakan sebuah adaptasi daripada karya agung Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (SSSM) serta filem epik Puteri Gunung Ledang (2002).

"Ia menggabungkan unsur tarian tradisional dan artistik moden dalam persembahannya yang bakal menjadi salah satu tarikan pada Malam Impresario Adikarma kali ini," katanya.

Tambahnya, Drama Tari ini bakal mengangkat Hikayat Sejarah Melayu, kisah Hang Tuah Lima Bersaudara (Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi), Tun Teja, Peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud, dan lain-lain dalam konsep produksi dan elemen penyampaian persembahan yang kreatif dan tersendiri.

"Adikarma USM merupakan kumpulan kesenian di bawah Unit Kebudayaan dan Kesukarelawanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM.

"Mula bertapak pada tahun 2008, kumpulan kesenian ini terdiri daripada pelajar USM yang berpendidikan ijazah luar daripada bidang kesenian," jelasnya lagi.

Ulas lanjut beliau, pasukan ini lebih gemar digelar sebagai penggiat seni dan mereka telah berjaya melakar nama di pentas universiti, kebangsaan, antarabangsa dan juga ASEAN iaitu di antaranya di pentas Akar Kita Zapin (AKZ), MAKUM, ASEAN Youth Cultural Forum (AYCF), Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan banyak lagi.

Antara tulang belakang kepada persembahan ini adalan Pengarah Artistiknya Muhammad Al Hafiz Bin Md Sani dan Lakon Layar Ahmad Khairul Bin Kamaruzzaman.

Harga tiket adalah sebanyak RM15.00, RM10.00 bagi ahli Adikarma dan boleh didapati menerusi talian telefon ataupun Whatsapp di 011-12864752 (Myka) dan 017-4604566 (Farhan).

Untuk maklumat terkini juga, ianya boleh dicapai melalui laman Facebook (Adikarma USM), Intagram @adikarma_usm dan Twitter @adikarmaUSM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Adikarma USM

  • Created on .
  • Hits: 1286

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024