USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT REHABILITASI KESEIMBANGAN BADAN DAN STROK BERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT

IMG 20160221 WA0000

BACHOK, 20 Februari 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Program Audiologi Pusat Pengajian Sains Kesihatan  mengadakan kerjasama dengan Ikhlas Care Complementary Medicine dalam membangunkan Pusat Rehabilitasi Keseimbangan Badan dan Strok bertempat di Bachok.

Penganjuran Expo Kesihatan telah diadakan hari ini dalam usaha memperkenalkan pusat ini kepada komuniti dan berjaya menarik minat hampir 200 orang pengunjung.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr Ahmad Zakaria, penubuhan pusat rehabilitasi ini diharap dapat melestarikan kesihatan seluruh masyarakat setempat.

IMG 20160221 WA0001

IMG 20160221 WA0004

"Kerjasama murni antara kedua-dua pihak ini yang berteraskan keprihatinan dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu meningkatkan lagi kualiti hidup golongan komuniti yang mengalami masalah kesihatan terutama masalah berkaitan angin ahmar, pening, keseimbangan badan dan lain-lain," katanya dalam ucapan perasmian pusat rehabilitasi di sini pagi tadi.

Tambah beliau, pusat rehabilitasi yang mula ditubuhkan sejak November 2015 ini, menawarkan perkhidmatan rehabilitasi keseimbangan badan, rehabilitasi strok, urutan aura dan lain-lain lagi.

Sementara itu, menurut Setiausaha Bahagian (Projek Khas) Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Ab. Wahab Che Mat, penubuhan pusat rehabilitasi ini akan dapat memberi impak kesihatan yang maksima kepada warga setempat yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

"Pusat ini akan menjadi sebahagian daripada jaringan komuniti yang berkontemporari dengan inovasi baru dan berharap agar usaha ini akan berterusan dengan jayanya," ujar beliau.

IMG 20160221 WA0003

Ab. Wahab berkata Pusat Rehabilitasi Keseimbangan Badan ini telah mendapat restu dari Pusat Transformasi Komuniti (UCTC) USM atas rasa keprihatinan dalam memastikan kesihatan komuniti dapat dipulihkan kembali dan ianya akan menjadi mercu tanda kesihatan warga setempat.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 843

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024