MGTF SERTAI PROGRAM RAMAH MESRA SEHARI BERSAMA KOMUNITI
PULAU PINANG, 19 Februari 2016 - Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini mengadakan menyertai Program Sehari Bersama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang.
Menurut Pengarah MGTF USM Zolkurnian Hassan, pihak MGTF USM dijemput oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk terlibat sama dengan Program Libatsama Komuniti ini yang mensasarkan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama masyarakat setempat.
"Antara aktiviti yang diadakan dalam program seharian ini adalah Pencerapan Matahari, Jam Matahari, Pameran Agensi oleh MGTF USM dan Jabatan Mufti Pulau Pinang, Khutbah Khas Jumaat oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kuliah Maghrib oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Permainan Soap Bubble, Pencerapan Bintang, Taklimat Peta Bintang dan lain-lain lagi," katanya.
Rata-rata penduduk dan ahli qariah setempat bersyukur dengan penganjuran program sebegini yang mana bagi mereka amatlah memberi pendedahan dan ilmu yang bermanfaat.
Acara ini turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan beramah mesra bersama orang ramai.
Program ini adalah anjuran dan kerjasama bersama AJK Qariah Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : MGTF USM
- Created on .
- Hits: 721