USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU PENJENAMAAN BTN

btn1

PULAU PINANG, 15 Februari 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai institusi pertama untuk bersama-sama dalam proses penjenamaan Biro Tata Negara (BTN) serta meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan warganya.

Hal ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPN), Dato’ Seri Azalina Othman Said ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.

“Saya telah berbincang dengan Naib Canselor bagi mewujudkan kerjasama dalam konsep negara bangsa terutamanya kepada pensyarah-pensyarah muda dan ini adalah elemen penting atas dasar cintakan negara Malaysia yang mana anak muda akan mewarisi negara kita pada masa hadapan,” kata Azalina.

btn2

“Ini juga adalah bagi mengingatkan generasi muda Malaysia kepada cintakan dan meletakkan keutamaan kepada negara yang seharusnya menjadi tanggungjawab semua secara bersama,” tambah Azalina.

“USM akan bekerjasama dalam hal ini dan memasukkan elemen pembinaan negara Malaysia dalam membangunkan modal insan yang sesuai pada masa kini untuk masa hadapan.

“Bakat dan modal insan yang ada di dalam universiti ini adalah penting kepada pembangunan negara serta dapat melatih bakat pada masa hadapan,” kata Omar.

Menurutnya lagi, bakat yang ada kini berkeupayaan untuk menghasilkan penyelidikan untuk kemajuan negara serta memberikan ilmu ini dalam pembinaan bangsa dan negara.

btn5

btn4

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor ini turut beramah mesra dalam sesi perjumpaan Sembang Santai bersama lebih 30 orang Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) USM dan juga ahli Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) iaitu Persatuan pelajar dalam kalangan anak-anak Johor di Anjung Budi USM.

Program julung kali diadakan ini adalah untuk mendekatkan pelajar dengan pemimpin negara yang juga pemimpin negeri Johor.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah BTN, Datuk Ibrahim Saad dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein. 

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 809

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024