USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPDT ANJUR BAKTI SISWA DI FELDA GUNUNG BONGSU

IMG 20160214 WA0001

PULAU PINANG, 14 Februari 2016 - Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan Bakti Siswa di Felda Gunung Bongsu, Sedim, Karangan, Kedah selama 3 hari bermula 12 Februari 2016.

Penggawa Desasiswa Tekun Dr. Nazarudin Zainon berkata, program tersebut disertai oleh 41 orang peserta yang tinggal bersama-sama 10 keluarga angkat sepanjang program ini berlangsung."Antara aktiviti yang dilangsungkan ialah pemeriksaan kesihatan percuma untuk darah tinggi, kencing manis, BMI dan pemeriksaan janin rahim untuk isteri peneroka yang berusia 35 tahun ke atas yang semuanya dilakukan dengan kerjasama pihak Hospital Kulim," kata Nazarudin.

IMG 20160214 WA0000

Para peserta turut memasak bersama-sama masyarakat kampung, mengadakan projek lanskap blok pentadbiran dan tadika, penanaman pokok dan gotong royong membasmi nyamuk aedes.

"Melalui program ini, para pelajar turut berkongsi pengetahuan tentang kelestarian dan kitar semula, penanaman pokok malah berkongsi pengalaman belajar di universiti di samping menyediakan kelas bimbingan dengan anak-anak di sini termasuk berkongsi maklumat tentang peluang pengajian, penajaan kewangan oleh pelbagai pihak untuk mengikuti pengajian dan lain-lain," katanya lagi.

Para peserta turut mengadakan program kesukarelawanan dan motivasi bersama-sama para belia yang terdapat di sini serta menyampaikan bantuan sumbangan pelbagai pihak kepada penduduk setempat.

IMG 20160214 WA0004

Majlis penutupan projek ini dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi danTeknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia YB. Dato' Norsabrina binti Mohd Noor serta turut dihadiri oleh Pengerusi FELDA Wilayah Alor Setar Abdul Rahman Ahmad.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1178

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024