USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AMALAN MANUSIA PUNCA DENGGI, ZIKA

IMG 3788769

PULAU PINANG, 11 Februari 2016 – Hasil kajian para penyelidik dan juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), urbanisasi, perubahan cuaca dan perubahan biologi vektor menjadi punca utama peningkatkan populasi vektor seperti nyamuk aedes.

Menurut pensyarah kanan, Unit Penyelidikan Kawalan Vektor (UPKV), Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) USM, Dr. Nur Faeza Abu Kassim manusialah menjadi faktor utama yang menghasilkan tempat pembiakan vektor-vektor bahaya ini kerana aedes misalnya wujud dengan manusia oleh itu kerjasama masyarakat sangat penting dalam menangani masalah  pelbagai penyakit bawaan vektor terutamanya denggi, zika dan juga malaria,"kata Nur Faeza.

“Contohnya di negeri Pulau Pinang, banyak kes denggi dilaporkan di sekitar kawasan Jelutung yang merupakan kawasan yang sedang melalui proses urbanisasi pesat dan terdapat banyak kawasan yang sedang dalam pembinaan serta ada juga tapak pelupusan sampah,” kata Nur Faezah yang banyak menjalankan kajian dalam Entomologi Perubatan serta genetik dan kawalan vektor nyamuk.

IMG 459789

Jelasnya, aedes yang membiak di dalam bekas-bekas tinggalan manusia termasuk tin dan plastik sukar dibanteras selagi sikap manusia tidak berubah dalam.menjaga kebersihan persekitaran yang mampu membiakkan aedes.

Nur Faezah percaya tindakan yang berterusan dan bersepadu  dapat membanteras penyebaran virus daripada vektor seperti ini dan bukan hanya secara bermusim apabila terdapat kes-kes tertentu.

“Oleh yang demikian, kerjasama dan juga usaha integrasi secara berterusan dalam membanteras vektor bahaya ini adalah sangat penting dan memerlukan tanggungjawab sosial yang tinggi,” tambah Nur Faeza dalam sidang media yang diadakan bagi memperkenalkan UPKV yang mula ditubuhkan pada tahun 1972.

Tambahnya penyelidikan bersepadu juga perlu dilakukan yang melibatkan pelbagai agensi dalam menangani isu denggi dan zika.

IMG 459567

"Zika bukanlah baharu kerana di negara ini pernah dilaporkan berlaku pada tahun 1950-an tetapi tidak ada penyelidikan dilakukan terhadap isu ini,"kata Nur Faeza.

UPKV adalah salah satu di antara tiga pusat yang dilantik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) untuk menjalankan kajian kerintangan insektisid -  satu-satunya di Malaysia. Dua lagi pusat kolaborasi ini terletak di India dan juga Florida, Amerika Syarikat.

“Fungsi UPKV boleh diklasifikasikan kepada menjalankan kajian keberkesanan insektisid bagi produk yang akan didaftarkan untuk pasaran di Malaysia, membuat pemantauan kerintangan insektisid di seluruh dunia dengan penghasilan ‘WHO test kit’ dan juga penyediaan pakar untuk memberikan latihan kepada industri dan juga pelajar dalam bidang kawalan vektor,” jelas Penyelaras UPKV, Dr. Hamdan Ahmad.

Tambahnya lagi, UPKV banyak berkolaborasi dengan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang-bidang yang berkaitan dengan kawalan vektor dan mempunyai makmal yang lengkap dan intensif untuk pelbagai kajian vektor selain  pembentukkan polisi bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IMG 377089

Pensyarah PPSK yang lebih 30 tahun bersama USM, Profesor Dr. Zairi Jaal berkata UPKV bermula dengan kajian nyamuk dan terus menjalankan kajian-kajian serta menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkaji kelakuan nyamuk yang berlainan.

Apabila ditanya mengenai Zika, Zairi berkata pengawalan kepada vektor yang sama penyebab denggi secara tidak langsung dapat mengawal penyebaran Zika yang mana Malaysia juga berpotensi atau mempunyai risiko melalui keluar masuk pelancong ke negara ini.

Yang hadir sama dalam sidang media ialah Dekan PPSK, Profesor Dr. Amirul Al-Ashraf Balakrishnan Abdullah dan para pakar yang memberikan penerangan ringkas di makmal-makmal UPKV. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

 

  • Created on .
  • Hits: 2175

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024