USM SUMBANG TILAM UNTUK MANGSA OMBAK BESAR PULAU KUNDOR
KOTA BHARU, 8 Februari 2016 - "Terima kasih USM sumbangkan tilam, Sebelum ini kami cuma tidur beralaskan tikar di atas lantai simen sekolah,"luah sebahagian mangsa banjir ombak besar Pantai Pulau Kundor, Pengkalan Chepa.
Seramai 85 mangsa daripada 17 keluarga yang tinggal berhampiran pantai dipindahkan sementara ke Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor.
Kediaman mereka yang dahulunya kira-kira 100 meter daripada pantai kini semakin dekat akibat hakisan dan fenomena ombak besar kali ini agak luar biasa dan membahayakan penduduk.
Pusat Pengajian (PP) Sains Perubatan USM tampil bersama BBNGO dengan menyerahkan sumbangan 40 unit tilam kepada mangsa.
NGO Ikram yang turut serta turut menyampaikan sumbangan keperluan makanan asas.
Timbalan Dekan (Jaringan) PP Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Dinsuhaimi Sidek yang mewakili USM berharap bantuan yang diberikan sedikit sebanyak akan membantu mangsa di samping bantuan daripada agensi-agensi berwajib.
Teks : Amyrulhan Azhari
Foto : Prof. Dr. Dinsuhaimi Sidek
- Created on .
- Hits: 921