USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKIPT 2016 - USM RAIH 4 EMAS, 7 PERAK DAN 15 GANGSA

12669686 1675960832676056 5941113543197204340 n

PULAU PINANG, 6 Februari 2016 - Universiti Sains Malaysia meraih 4 Emas, 7 Perak dan 15 Gangsa dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2016 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 25 Januari hingga 5 Februari 2016.

Melalui pungutan pingat ini, USM menduduki tangga ke 12 daripada keseluruhan 69 kontigen yang bertanding untuk temasya dwitahunan ini yang mengumpulkan institusi pendidikan tinggi (IPT) dari Malaysia dan juga beberapa IPT dari rantau Asia Tenggara.

Paling membanggakan untuk penyertaan kali ini adalah dari sukan Memanah dan juga Karate dimana masing-masing menyumbangkan dua pingat emas untuk USM.

Paling mencuri tumpuan adalah dari sukan Memanah apabila dua emas USM hadir daripada Fatin Nurfatehah Mat Salleh.

Jumlah pungutan pingat USM sepanjang SUKIPT 2016 adalah 4 Emas Memanah (2), Karate (2), 7 Perak Olahraga (1), Renang (2), Memanah (2), PingPong (2), 15 Gangsa Badminton (1), Renang (5), Karate (2), Taekwondo (3), Lawan Pedang (1), Judo (1), dan PingPong (2).

Penganjuran SUKIPT merupakan satu usaha Kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu dan penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan IPT (MASUM, MSP, MASKOM dan MASISWA) mengambil inisiatif menganjurkan SUKIPT (Sukan Institusi Pendidikan Tinggi) bermula pada tahun 2012.

Hadir merasmikan penutupan SUKIPT kelmarin adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1336

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024