SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI NAIB CANSELOR DAN PENGURUSAN TERTINGGI USM
Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga USM, para alumni dan rakan taulan.
"Selamat Tahun Baru Cina kepada semua dari saya dan seluruh pengurusan tertinggi USM dalam semangat kekeluargaan, muhibah dan perpaduan yang erat dengan saling memahami dan meraikan kepelbagaian yang ada dengan penuh hormat, meriah dan sejahtera," kata Omar.
Tambahnya, ini adalah masa untuk kita saling ziarah menziarahi dan merasai kemeriahannya sebagai sebuah keluarga besar di negara kita.
"Kita bertuah berada dalam negara yang aman makmur dan mempunyai pelbagai kaum, agama dan pelbagai budaya yang begitu istimewa yang hidup bersama dengan saling memahami dan saya menyeru dan berdoa agar kita semua sentiasa beroleh kebahagiaan dan kegembiraan," katanya lagi.
Naib Canselor meminta agar semua akan sentiasa berhati-hati di jalanraya dan memastikan keselamatan sentiasa terpelihara.
- Created on .
- Hits: 926