"WARISAN SEJAGAT” TEMA ICLK 2016 – HEBAHAN JEMPUTAN PENYERTAAN
PULAU PINANG, 4 Februari 2016 – Pakar, cendekiawan dan penggiat dalam pelbagai warisan kearifan tempatan dijemput mengambil bahagian dalam Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan 2016 (ICLK) yang akan diadakan pada 27 – 28 Julai 2016 di Pulau Pinang, Malaysia.
Pengerusinya Dr. A.S. Hardy Shafii berkata, Jawatankuasa Persidangan Serantau Kearifan Tempatan (RCLK) telah memulakan usaha untuk mengembangkan wacana intelektual tentang Kearifan Tempatan melalui Persidangan Serantau sejak 2011 ke persada antarabangsa pada tahun 2015.
“Fokus utama persidangan ini ialah berkaitan epistemologi tempatan dan kesesuaian ilmu tersebut untuk transformasi sosial dan persidangan ini akan membentangkan penemuan baru, pandangan serta pengalaman dalam bidang kajian mengenai Kearifan Tempatan (KT) dari seantero dunia.
“Kearifan Tempatan merujuk kepada disiplin ilmu dan kepakaran yang berasal daripada budaya asli tempatan yang berkembang sejak zaman silam dan telah dipraktikkan sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat. Kajian dalam KT bertujuan memudahkan proses transformasi sosial melalui perubahan paradigma yang ditangani oleh epistemologi tempatan,” katanya.
Tambahnya lagi, objektif persidangan ini adalah untuk mengkaji ilmu tempatan dan menempatkannya ke dalam bentuk pengetahuan baru, menggalakkan pemeliharaan dan pemuliharaan Kearifan Tempatan, menyediakan wahana bagi perkongsian ilmu dan wacana tentang Kearifan Tempatan, mendokumentasi isu baharu dan penyelidikan tentang Kearifan Tempatan dan mensinergi ilmu Kearifan Tempatan dengan bentuk ilmu yang lain.
“Subtema bagi persidangan ini adalah Antropologi, Bahasa dan Kesusasteraan, Kearifan Tempatan dan Teknologi, Kearifan Tempatan dan Sains, Kearifan Tempatan dan Pentadbiran, Kelestarian, Kearifan Tempatan Kontemporari, Pemindahan Ilmu, Pemuliharaan / Pemeliharaan, Pendidikan, Pengurusan Pengetahuan, Persembahan dan Kebudayaan, Perubatan Tradisional, Sejarah, Sistem pengetahuan, Epistemologi dan Model dan Sebarang tajuk dan tema yang berkaitan,” jelas lanjutnya.
Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu/Bahasa Indonesia, menggunakan Times New Roman, saiz font 12, jarak baris 1.5, birai kiri dan kanan 2.5 sm, jenis fail MS Office Word, manakala kertas kerja penuh antara 15-20 halaman, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu/ Bahasa Indonesia, menggunakan Times New Roman, saiz fon 12, langkau 2 baris, birai kiri dan kanan 2.5sm, jenis fail MS Office Word dan sertakan juga biodata penulis antara 50-100 patah perkataan dan sila kemukakan abstrak anda kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum 30 Jun 2016.
Yuran persidangan bagi warganegara Malaysia, pembentang (RM800), Peserta bukan pembentang (RM600) dan pelajar (RM600) manakala warganegara antarabangsa, pembentang (USD350), peserta bukan pembentang (USD250) dan pelajar (USD250) yang mana yuran persidangan juga meliputi bahan persidangan, makan tengah hari, makan malam (27 Julai 2016) minum pagi dan minum petang.
Bayaran boleh dibuat secara talian melalui Kad Kredit MasterCard/Visa – Antarabangsa dan Kad Kredit Master Card/Visa/Debit Card (Saving/Current Acct.) – Tempatan ataupun melalui Mesin Bayaran Tunai (CDM) CIMB Bank Berhad nombor akaun 98986100300003 dan kod swift CIBBMYKL. Borang Transaksi Dalaman (Borang Q) untuk peserta USM sahaja dan bukti pembayaran yuran perlu di emel atau faks kepada sekretariat sebelum 30 Jun 2016.
Tarikh-tarikh serahan adalah seperti berikut :
Serahan abstrak : 30 Mac 2016
Makluman penerimaan abstrak : 29 April 2016
Serahan kertas kerja penuh : 30 Jun 2016
Pendaftaran akhir dan pembayaran yuran : 30 Jun 2016
Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi :
Sekretariat Persidangan
Sekretariat Kearifan Tempatan
No. 9 , Aras Bawah,
Lorong Cahaya, Bangunan H25
Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 – 6535802 / +604 – 6535803
Fax : +604 - 6536114
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1389