FATIN SUMBANG EMAS KEDUA PERIBADI UNTUK USM
SKUDAI, 3 Februari 2016 – Kem kontigen Universiti Sains Malaysia (USM) gembira pada hari ini dengan hadirnya sebutir lagi emas dari sukan memanah yang menjadikan pungutan emas keempat USM untuk Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang sedang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Emas keempat USM ini hadir menerusi acara memanah compound bow kategori wanita pusingan olimpik individu gold medal match yang disumbangkan oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang mengumpul mata keseluruhan 139 meninggalkan saingan tempat kedua Saritha Cham Nong, atlet dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kelebihan 3 mata.
Ini merupakan emas kedua Fatin setelah beliau memenangi sebutir pingat emas kelmarin.
Kedudukan pingat terkini kontigen USM adalah 4 Emas 5 Perak 14 Gangsa dan menduduki tangga ke Sembilan secara keseluruhan, naik dua anak tangga dari kelmarin untuk kejohanan yang berbaki 2 hari lagi ini.
Penganjuran SUKIPT merupakan satu usaha kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu dan penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia.
5.15 petang, 3 Februari 2016.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 900