USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ADAKAN KLINIK BERHENTI MEROKOK

KUBANG KERIAN, 2 Februari 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) berusaha membantu mereka yang ingin berhenti merokok dengan menawarkan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di Hospital USM seperti dilakukan di Pusat Sejahtera USM Kampus Induk.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr. Tengku Mastura Tengku Mohamad, perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok disediakan kepada mereka yang ingin berhenti merokok tidak kira warga staf USM atau pun masyarakat luar.

Katanya, klinik khas itu telah membantu 166 individu yang berdaftar untuk meninggalkan tabiat merokok pada tahun 2015 berbanding dengan 142 orang pada tahun 2014 yang menunjukkan peningkatan rujukan ke klinik berkenaan.

"Kaedah rawatan yang digunakan adalah gabungan penggunaan ubatan dan kaunseling yang didapati berkesan bagi mengekalkan pelanggan meneruskan rawatan," katanya. Katanya lagi, selain perkhidmatan klinik berhenti merokok, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran bahaya merokok seperti kempen berhenti merokok, taklimat berkaitan merokok kepada warga staf dan masyarakat, melatih dan melantik pelajar serta staf menjadi duta kempen kesedaran merokok serta mewartakan USM Kampus Kesihatan sebagai kawasan bebas tembakau.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk berhenti merokok boleh menghubungi talian 09-7673510 untuk menetapkan waktu sesi kaunseling bersama Pegawai Perubatan.T

eks: Mohamad Iqmal Mathlan

  • Created on .
  • Hits: 768

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024