EMAS KETIGA LONJAK USM KE TANGGA KE 11 SUKIPT 2016
SKUDAI, 2 Februari 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya memperolehi Emas ketiga dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang sedang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Emas ketiga USM menyinar menerusi acara memanah compound bow kategori wanita yang disumbangkan oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang mengumpul mata keseluruhan 686 meninggalkan saingan tempat kedua yang juga merupakan atlet USM Lau Jiun Sien dengan mata keseluruhan 670.
Melalui kutipan Emas ketiga ini, kontigen USM sekaligus telah melonjak ke tangga ke 11 daripada kelmarin di tangga ke 17 daripada keseluruhan 69 kontigen IPT lain yang bertanding.
Dengan peningkatan anak tangga ini, diharapkan USM dapat meneruskan momentum untuk memberi yang terbaik untuk kejohanan yang masih berbaki 3 hari lagi ini.
Kedudukan pingat terkini kontigen USM adalah 3 Emas 4 Perak 12 Gangsa melalui 3 Emas (2 Karate, 1 Memanah), 4 Perak (2 Renang, 1 Memanah, 1 Ping Pong Lelaki), 12 Gangsa (1 Lawan Pedang Wanita, 1 Ping Pong Wanita, 3 Taekwondo, 5 Renang, 1 Badminton Wanita, 1 Karate).
Penganjuran SUKIPT merupakan satu usaha kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu dan penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia.
2.30 petang, 2 Februari 2016.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 599