USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN POKB BANTU PENDUDUK LUAR BANDAR

IMG 039986

MACHANG, 1 Februari 2016 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan program khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Machang sempena Pelancaran Kelas Pembelajaran Abad ke-21 dengan disertai oleh pasukan Tabung Darah Bergerak Hospital USM.

Program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.

Seramai 30 orang staf termasuk Pegawai Perubatan Hospital USM menyertai program ini dengan membuat pemeriksaan asas kesihatan seperti tekanan darah, Body Mass Index (BMI) dan juga Capillary Blood Sugar (CBS) yang melibatkan kira-kira 500 orang penduduk.

IMG 030278

IMG 025658

Unit Tabung Darah berjaya mengumpul 51 bag darah sepanjang program ini berlangsung.

Pada majlis yang sama, Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyampaikan sumbangan kepada lima orang anak angkat POKB, antaranya  Mohd Aliff Ikhwan Asyraf Bin Mat Nawi dari Sekolah Kebangsaan Kebakat, Tumpat, yang menghidapi penyakit Spinal Bifida sejak kecil lagi berupa alatan sokongan badan iaitu Calipper yang bernilai RM10,000.00 berdasarkan nasihat dari Pensyarah Kanan Makmal Senaman dan Sains Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim.

Menurut Mohd Zulkifli, sekiranya  tidak dipakaikan dengan Calipper ini, kemungkinan Mohd Alif Ikhwan akan lumpuh seumur hidup.

Tambahnya, hasil usahasama di antara Hospital USM dan POKB ini dapatlah merealisasikan impian Alif Ikhwan untuk menyokong pergerakannya.

IMG 028479

Yang turut hadir pada majlis perasmian ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Dato Seri Hj Khairil B. Hj Awang,  Penaung Persatuan OKB Dato Fatmi Che Salleh,  Kolonel Bersekutu (PA) Dato Sheikh Hj Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Dato Hj Aziz Abdullah.

Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

  • Created on .
  • Hits: 710

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024