USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KARATE-DO TUAI EMAS PERTAMA USM DI SUKIPT 2016

SKUDAI, 1 Februari 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya memperolehi Emas pertama dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang sedang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi acara Karate-do Lelaki menerusi atletnya Loh Chun Seng.

Menjurus selepas itu pula, tuainya Emas kedua USM yang juga daripada acara yang sama melalui kategori Wanita menerusi atletnya Khaw Yee Voon.

Kedua-dua pingat Emas ini amat dinantikan bagi semua atlet USM yang menyertai SUKIPT ini kerana ini merupakan Emas pertama untuk USM, justeru Emas untuk menyemarakkan lagi semangat pada atlet-atlet yang berjuang dalam temasya yang berbaki lagi 4 hari untuk melabuhkan tirai ini.

Setakat ini, USM mengumpul 2 pingat emas, 3 pingat perak dan 9 gangsa dan menduduki tangga ke-17 daripada 69 IPT lain yang bertanding.

SUKIPT berlangsung dari 25 Januari hingga 5 Februari 2016 dan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh pada 29 Januari di Stadium UTM.

Sebanyak 25 kategori sukan yang dipertandingkan dalam acara yang berlangsung selama 12 hari ini yang mengumpulkan lebih 8,000 atlet dan pegawai dari IPT Malaysia dan juga luar negara seperti Thailand, Brunei Darussalam, Myanmar, Indonesia, Singapura dan Laos.

Penganjuran SUKIPT merupakan satu usaha Kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu dan penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan IPT (MASUM, MSP, MASKOM dan MASISWA) mengambil inisiatif menganjurkan SUKIPT bermula pada tahun 2012.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 967

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024