USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BANTU KOMUNITI KURANG BERKEMAMPUAN

IMG 9685

WAKAF BHARU, 1 Februari 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jabatan Oftalmologi mengadakan Program Khidmat Masyarakat bersama komuniti setempat di daerah Wakaf Bharu untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Program yang pertama kali diadakan di kampung ini adalah sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar Doktor Perubatan tahun 4 sewaktu ‘posting’ di Jabatan Oftalmologi.

Menurut Jururawat Klinik Oftalmologi, Che Hasmah Ahmad, setiap kumpulan pelajar perlu melibatkan diri dalam program sebegini selain membiasakan diri dengan masyarakat sebelum menghadapi situasi kerja sebenar.

IMG 9687


“Kumpulan sasaran kita adalah dalam kalangan orang-orang tua yang mempunyai masalah mata dan yang mempunyai masalah pengangkutan kerana kita yang membataskan mereka untuk ke hospital atau klinik.

“Setelah mendapat rawatan di sini, mereka akan disuruh untuk mendapat rawatan susulan dan diberi temujanji berkala di USM atau Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ),” katanya.

Seramai 12 orang jururawat, 22 orang pelajar perubatan, 4 orang doktor yang terlibat dalam program ini dan hampir 60 orang yang datang mendapatkan rawatan.

IMG 9696

IMG 968189


Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Chenderong Batu, Ahmad Hizwani Shafii, program sebegini amat dialu-alukan memandangkan program sebegini belum pernah diadakan lagi di kampung ini.

“Saya bagi pihak penduduk kampung berterima kasih kepada USM kerana memilih kampung ini memandangkan pihak kami sudah lama berhajat tetapi tidak tahu cara untuk memohon program sebegini.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diadakan lagi dalam skala besar yang merangkumi pemeriksaan keseluruhan,” katanya.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria
Foto: Mohd Sabri Saleh

  • Created on .
  • Hits: 943

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024