USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM SERTAI SIDANG PLENO RAPAT KERJA NASIONAL PENDIDIKAN TINGGI INDONESIA

 

 

 

 

12654413 10208432871323728 8216837379375424418 n

SERDONG, INDONESIA, 1 Februari 2016 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman satu-satunya pemimpin universiti luar dijemput menghadiri Rapat Kerja Nasional Pendidikan Tinggi Indonesia 2016 yang dianjurkan oleh Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi selama dua hari mulai hari ini.

Program dua hari yang bertemakan Membangun Sinergi Ristek dan Dikti untuk Meningkatkan Daya Saing Bangsa itu disertai oleh kira-kira 400 orang dalam kalangan pemimpin pendidikan tinggi, teknologi dan penyelidikan seluruh Indonesia yang dirasmikan oleh wakil Presiden Republik Indonesia pada pagi ini.

IMG 20160201 WA0009

IMG 20160201 WA0011

Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia Dr. Mohamad Nasir berkata, program ini bertujuan untuk pihaknya menyusun langkah-langkah dan tindakan konkrit kementeriannya untuk melaksanakan program-program yang menjadi keutamaan sepanjang 2016 dan 2017.

“Pelbagai pihak diundang untuk menjayakan hasrat ini secara menyeluruh yang melibatkan pemegang-pemegang taruh yang terlibat termasuk pihak industri,” kata Mohamad Nasir dalam ucapannya pada majlis tersebut.

Sementara itu, Omar menyifatkan penyertaannya dalam program ini adalah satu penghormatan besar kepada USM dalam berkongsi pengalaman dalam menjayakan universiti APEX dan usaha untuk menjadi sebuah Universiti Global.

IMG 20160201 WA0010

“Saya berpeluang untuk membentangkan pengalaman menjayakan universiti APEX dan perjalanan kita dalam menjadi sebuah universiti yang diiktiraf dunia dalam pelbagai bidang serta menjadi sebuah Universiti Global melalui pelbagai usaha jaringan kerjasama dunia dalam sidang pleno pertama selama kira-kira 30 minit yang diikuti dengan soal jawab bersama ahli pleno lain selama 2 jam dalam sidang pleno itu," kata Omar.

Beliau percaya universiti-universiti di Indonesia akan berupaya untuk menjadi universiti bertaraf dunia.

“Kami berkongsi pendapat dan pengalaman dalam menjalankan usaha penyelidikan, inovasi dan libat sama masyarakat dan industri yang berupaya memberi manfaat bersama apatah lagi dalam kalangan pemimpin-pemimpin universiti ternama Indonesia,” kata Omar.

IMG 20160201 WA0012

12647219 10208432874083797 4212536795057492134 n

Tambahnya dengan tumpuan kepada Ilmu Pengetahuan Sains dan Teknologi, saya percaya usaha universiti bertaraf dunia dapat dilaksanakan apatah lagi dengan pelbagai kekuatan yang ada dalam kalangan universiti di Indonesia yang digembleng bersama dapat memaknakan sinergi yang dibina dengan peningkatan daya saing dan menjadi lebih kompetitif.

Slaid pembentangan ppt Naib Canselor USM di Program Rapat Kerja Nasional (RAKERNAS) Indonesia ini boleh didapati daripada http://mprc.usm.my/index.php/en/download

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 969

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024