DELEGASI BEIJING ADAKAN LAWATAN RASMI KE MGTF
PULAU PINANG, 29 Januari 2016 - Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) bertuah kerana menerima pelawat dari negara Cina kelmarin untuk mengadakan lawatan rasmi ke muziumnya.
Menurut Kurator bahagian Pemasaran, Komunikasi, Korporat dan Promosi MGTF USM, Nurul Ashikin Shuib, lawatan ini disertai oleh delegasi dari China Soong Ching Ling Foundation (CSCLF), Beijing, China, SCL Children's Science & Technology Pavilion, Beijing, China, Children & Youth's Activities Center of Chao Yang District, Beijing, China, bersama delegasi Malaysia dari SRJK (C) Min Sin, Penang Sun Yat Sen Museum dan Vision Academy (M) Sdn. Bhd.
“Lawatan rasmi ke MGTF ini adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh pelawat untuk berkongsi pengalaman bersama USM berkaitan cara pengurusan muzium terutamanya dalam bentuk pameran dan aktiviti yang melibatkan sains dan astronomi,” katanya.
Tambahnya lagi, melalui lawatan sebegini juga, MGTF mempunyai peluang besar untuk berkolaborasi bersama para pelawat ini dan mencadangkan untuk mereka mengadakan program di sini justeru dengan adanya program sebegini, ianya akan memberi satu kelebihan buat MGTF dan USM dari segi kolaborasi dengan institusi dari luar negara.
Seramai 14 orang pelawat hadir ke lawatan rasmi ini kelmarin.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 976