PERHEBATKAN HUBUNGAN AHLI MPP ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI
PULAU PINANG, 27 Januari 2016 - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan daripada 21 orang ahli MPP Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu dalam Program Delegasi Jelajah Al-Fateh yang sebelum ini mereka ini mengunjungi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan beberapa universiti lain lagi.
Kunjungan sebegini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli MPP setiap universiti serta melihat amalan-amalan terbaik yang dapat dikongsi bersama.
Menurut Bendahari MPP USM, Najibah Ismail, antara pengisian sepanjang kunjungan oleh MPP UNISZA ini adalah sesi perkongsian idea dan pendapat berkenaan isu semasa yang berkaitan kebajikan mahasiswa.
"Selain itu, ahli MPP UNISZA ini juga kagum dan ingin mendapatkan serba sedikit pandangan serta perlaksanaan berkaitan dengan Dewan Perundingan Pelajar (DPP) USM," jelasnya.
Tambahnya lagi, selepas sesi perbincangan, ahli MPP UNISZA ini turut dibawa bersiar-siar menaiki Eco-Van USM dan mereka kagum dengan inisiatif bersifat kelestarian ini yang tidak banyak universiti melakukan inisiatif sebegini.
Rata-rata ahli MPP UNISZA yang hadir melahirkan rasa bertuah dan berterima kasih kepada USM kerana dengan penerimaan program kunjungan sebegini, ikatan antara mahasiswa dapat diperkukuhkan lagi ke peringkat nasional yang bukan hanya bersatu di universiti masing-masing malahan bekerjasama antara universiti-universiti.
Kunjungan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 887