USM JUARA KESELURUHAN NPSC 2016
PULAU PINANG, 24 Januari 2016 - Kontingen dari Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengekalkan kejuaraan keseluruhan National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2016 yang dianjurkan di Universiti Malaya (UM) pada 22 hingga 24 Januari 2016.
Kontingen USM telah merangkul 10 emas, 7 perak dan 3 gangsa mendahului kontingen UM yang merangkul 8 emas dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) 6 emas untuk menduduki tempat kedua dan ketiga.
Antata acara-acara sukan moden yang diadakan dalam NPSC kali ini ialah futsal, bola tampar, badminton, skuasy, tenis, bola jaring, renang, ping pong dan olahraga.
Manakala acara sukan tradisional juga diadakan di mana peserta yang merupakan pelajar perempuan USM juga menjadi juara dalam salah satu sukan tradisional tersebut.
NPSC 2016 kali ini telah disertai oleh beberapa kontingen fakulti farmasi dari pelbagai IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 889