KELAS GAMELAN DAN SENAM SENI PERCUMA BUAT WARGA USM - DEWAN BUDAYA USM
PULAU PINANG, 16 Januari 2016 - Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga USM terutamanya warga di Kampus Induk untuk menyertai aktiviti seni dan kebudayaan yang akan bermula pada Januari 2016.
Antara maklumat program berkenaan aktiviti seni dan kebudayaan ini adalah Kelas Muzik Gamelan (Tradisional) pada setiap hari Rabu bermula pada 20 Januari 2016 pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Gamelan Pusat Pengajian Seni.
Selain itu, satu lagi program yang juga akan diadakan ialah Senam Seni pada setiap hari Jumaat bermula pada 22 Januari 2016 pada jam 5.30 petang hingga 6.00 petang bertempat di foyer Auditorium Dewan Budaya USM.
Program ini terbuka kepada seluruh warga USM dan setiap penyertaan adalah percuma.
Sebarang maklumat terkini atau perubahan tarikh dan masa berkenaan aktiviti di atas akan dimaklumkan di laman Facebook Dewan Budaya USM (https://www.facebook.com/dewan.usm) dan laman Group Facebook Senam Seni USM (https://www.facebook.com/groups/597859496900218/).
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan program ini, warga USM yang berminat juga boleh menghubungi Encik Shahril Effendi di talian 04-653 5299/4398 dan Puan Azizah/Puan Liyana di talian 04-653 4093/3498.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: laman facebook Dewan Budaya USM
- Created on .
- Hits: 1607