USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAKSIKAN TEATER RUMAH WELFARE I'N TOBAQ

11205049 1003021789736381 508675852624354086 n

PULAU PINANG, 13 Januari 2016 - Teater Rumah Welfare I'n Tobaq merupakan idea daripada sebuah skrip asal "Ini Rumah Kita" karya Aina Nabila Ahmad yang pernah memenangi hadiah tempat pertama Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 2011 dan juga pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi tahun 2012.

Menurut Pegawai Unit Pembangunan Teater, Penerbitan dan Jaringan Komuniti Dewan Budaya USM, Ahmad Bin Hashim, karya ini diolah menjadi sebuah teater komedi berjudul "Rumah Welfare I'n Tobak" yang bakal menampilkan Mamak Puteh, Shazli Resdong's, Lanun Resdong's, Mamu Abu dan penampilan istimewa Jumie Samsudin dan akan menggamatkan auditorium Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM).

"Sedikit bingkisan teater ini memaparkan kehidupan orang-orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka di sebuah rumah kebajikan menyaksikan rintih rasa yang sangat mendalam.

"Mereka bercerita tentang sejarah airmata dalam senyum terpaksa serta mereka berbicara tentang lara di sebalik tawa, sebak dan tangis yang hanya didengar oleh angin dan awan," ulasnya.

Kepada semua peminat teater Pulau Mutiara, satu kelainan dalam aksi hebat bakal tercipta oleh Persatuan Teater Resdong's, sebuah kumpulan teater Komedi nombor satu Pulau Pinang pada 13 dan 14 februari 2016, jam 8.30 malam di Auditorium Dewan Budaya USM.

Setiap pas masuk berharga RM15 dan boleh didapati melalui 017-4571837 (Mantaro) atau 012-5618434 (Lanun).

Teater ini merupakan anjuran bersama Unit Pembangunan Teater Dewan Budaya USM, Pusat Pengajian Seni USM dan Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Ahmad Bin Hashim

  • Created on .
  • Hits: 768

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024