UNIVERSITI SENTIASA MEMBANTU PELAJAR
PULAU PINANG, 9 Januari 2016 - Lanjutan dari laporan akhbar The Star tentang usaha membantu memberi makanan kepada pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM) ingin menegaskan bahawa ini bukanlah perkara baharu.
USM telah lama mengambil inisiatif membantu pelajar dengan pelbagai cara termasuk menubuhkan Tabung Pinjaman Pelajar untuk mereka yang perlu bantuan jangka pendek.
Apatah lagi dengan adanya Yayasan USM usaha ini terus dibuat secara berterusan. Apa yang pelajar buat ini adalah hasil perbincangan dengan universiti melalui Bahagian Hal-ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) untuk bantuan semasa.
Sebenarnya terdapat banyak tabung pelajar yang boleh diguna untuk membantu mereka yang bermasalah terutamanya kewangan.
Yang penting mereka perlu tampil ke hadapan, bertemu pihak-pihak yang dapat membantu terutamanya di desasiswa/asrama seperti penggawa untuk tindakan lanjut diambil. Ini bukan perkara baharu sebaliknya terdapat sebilangan kecil pelajar yang sememangnya ada masalah dan USM telah lama membantu.
Malah USM bersedia memberi pertimbangan menangguhkan bayaran yuran pengajian mahu pun desasiswa untuk tidak membebankan pelajar. Kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan universiti.
Adalah tidak benar jika timbul anggapan yang universiti tidak mengambil peduli terhadap kebajikan mereka yang selalunya dilakukan secara berterusan.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1139