USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR

DSC 2122a

PULAU PINANG, 5 Januari 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) sememangnya prihatin terhadap isu kebajikan pelajar.

Timbakan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni – HEPA) USM misalnya telah bermesyuarat bersama Yayasan USM, Pusat Islam, Kampus Sejahtera dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM) yang bersetuju untuk mengedarkan makan malam kepada 100 orang pelajar mulai esok.

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman, mekanismenya ialah dengan MPPUSM dan Majlis Penghuni Desasiswa akan mengenalpasti pelajar dari kelompok B40 dan mengagihkan makanan di desasiswa masing-masing.

"Sehingga hari ini USM tidak mendapat laporan pelajar yang tidak mampu membeli makanan namun kita sememangnya telah ada beberapa inisiatif pemberian makanan untuk membantu pelajar yang tidak mampu," kata Omar.

Jelasnya, mulai semester ini MPPUSM melancar program Kami Prihatin (Kampri) MPP mengagihkan 50 pek makanan (nasi dgn lauk) kepada pelajar bottom-billion yg dikenalpasti melalui dana yang diperolehi melalui tajaan oleh syarikat luar.

"Sejak 3 bulan lalu Masjid Al-Malek Khalid USM menyediakan bubur lambuk utk kira-kira 200 jemaah. Inisiatif ini ditaja oleh sumbangan staf Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan selepas solat Jumaat," katanya lagi.

Mulai esok sehingga tamat minggu peperiksaan pula Yayasan USM dgn kerjasama BHEPA, MPP, MPD dan Sekretariat Kampus Sejahtera akan menyediakan 100 bungkus makanan untuk makan malam kepada pelajar yang dikenalpasti oleh MPP dan MPD.

"Timbalan Naib Canselor (HEPA) juga telah mengarahkan agar inisiatif yang sama akan dibuat di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kelantan," kata Omar lagi.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1279

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024